Dalam masyarakat tradisi
Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok
diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang
orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh
wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
[b]1. Bangkit Bersambut
Apabila
mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa
menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur,
lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan.
Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari
mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka
dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika
mengambil
air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.
Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka
bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau
air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur
dan segar,tidak mudah jatuh
4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan
memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan
sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa.Nafas dan
badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu
tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih
otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air
kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur
seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga.
Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan
dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas.
Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada
suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa
suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan
mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit
kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini
baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa = apabila
jima?setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan
dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana
meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
[~ post by kancantirana36 ~]