KualaLumpur10
Selamat Datang Ke Kualalumpur10 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Kualalumpur10 forum.** DiHarap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. Kualalumpur10 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada scrollock0428@gmail.com(forum help support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli Kualalumpur10 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Kualalumpur10 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat Melayari Kualalumpur10 forum BUKAN SEKADAR FORUM



 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
KL10 News online
.:Sila click pada gambar dibawah untuk berita online:.
  • Description
  • Description
  • Description
  • Description
  • Description
KL10 forum games
Description
Link sahabat forum
PROMOTE KAMI
.:Sila copy dan pastekan code dibawah ke laman web anda untuk promosi Forum KL 10:.

Description


Share | 
 

 Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Kancan Tirana
Comander
Comander


Posts : 356
Join date : 30/04/2009
Age : 31
Location : kL / Kedah

PostSubject: Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki   Sun May 03, 2009 11:31 am

Banyak untung kalau kenal lelaki oleh [b]DR. HM TUAH
Jika
suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan
tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh
kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang
menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh
simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan
tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk
meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke
bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda
bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang
tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila
lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya
yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah
'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan
'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda
kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila
berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya
dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita
biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat
kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan
demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan
keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa
tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti
kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki
dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan
lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua
kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami
akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki
itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan,
sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu
melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang
suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah
kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air
mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan
habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi
perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang
begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun
hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda
perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah
berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan
anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap.
Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya.
Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan
atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta
maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu
tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua
yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan
berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai
berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata
orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan
wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang
menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab
kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas
dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah
betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya
katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang
lelaki?


Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan
lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada
Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan
perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada
Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.



[~ post by kancantirana36 ~]


Last edited by Kancan Tirana on Sun May 03, 2009 12:10 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
cumi_cumot
Leutenant
Leutenant


Posts : 44
Join date : 02/05/2009
Age : 27
Location : dimana2 saja....=)

PostSubject: Re: Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki   Sun May 03, 2009 11:51 am

wow... setuju


best2..... well done
Back to top Go down
View user profile
miz_nia
super-moderator
super-moderator


Posts : 278
Join date : 01/05/2009
Age : 29

PostSubject: Re: Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki   Sun May 03, 2009 3:39 pm

ada pun kite sebagai wanita dan lelaki seharusnya kita saling memahami sesame sendiri lebeh2 lagi apabila sudah berumah tangga
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/miz_nia
Sponsored content




PostSubject: Re: Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki   Today at 10:38 pm

Back to top Go down
 
Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KualaLumpur10 :: .::INFORMASI::. :: .::SUDUT PETUA KL10::.-
Jump to:  
KL10 partner

DescriptionDescription

Advertise here
Description

DescriptionDescription

Description