KualaLumpur10
Selamat Datang Ke Kualalumpur10 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Kualalumpur10 forum.** DiHarap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. Kualalumpur10 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada scrollock0428@gmail.com(forum help support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli Kualalumpur10 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Kualalumpur10 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat Melayari Kualalumpur10 forum BUKAN SEKADAR FORUM
KualaLumpur10
Selamat Datang Ke Kualalumpur10 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Kualalumpur10 forum.** DiHarap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. Kualalumpur10 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada scrollock0428@gmail.com(forum help support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli Kualalumpur10 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Kualalumpur10 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat Melayari Kualalumpur10 forum BUKAN SEKADAR FORUM
KualaLumpur10
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
KL10 News online
.:Sila click pada gambar dibawah untuk berita online:.
  • Description
  • Description
  • Description
  • Description
  • Description
KL10 forum games
Description
Link sahabat forum
PROMOTE KAMI
.:Sila copy dan pastekan code dibawah ke laman web anda untuk promosi Forum KL 10:.

Description


 

 Habib Noh Ulama yang boleh ghaib

Go down 
AuthorMessage
Kancan Tirana
Comander
Comander
Kancan Tirana


Posts : 356
Join date : 30/04/2009
Age : 39
Location : kL / Kedah

Habib Noh Ulama yang boleh ghaib Empty
PostSubject: Habib Noh Ulama yang boleh ghaib   Habib Noh Ulama yang boleh ghaib EmptySat May 02, 2009 12:51 pm

Habib Noh bin Muhammad Al-Habshee datang dari Kedah, Malaysia. Tidak
banyak yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau datang dari
keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Noh, Habib Ariffin dan
Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin,
yang meninggal di Daik, Indonesia.

Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari
Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak
perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya
berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau
Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang
cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi
bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga
perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah,
Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.

Dari banyak sumber, Habib Nuh sampai ke Singapura tidak lama setelah
Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada ketika itu
ialah tiga puluhan tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan saki-baki
usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, beliau banyak
berjalan, terutamanya ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia
untuk berdakwah. Beliau adalah seorang yang amat warak. Waktu malamnya
beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau kerap
berkunjung ke makam-makam (tanah perkuburan), selalu mendoakan roh-roh
yang telah meninggalkan jasad. Beliau sentiasa berjalan bersama-sama
kawan-kawan rapat melainkan bila dia secara spesifik meminta untuk
bersaorangan diri.

Beliau amat digemari oleh semua peringkat umur, terutamanya
kanak-kanak. Beliau selalu membelikan gula-gula dan memberi wang kepada
kanak-kanak, fakir miskin dan yang memerlukan. Kerana itu tidaklah
menghairankan jika ramai yang melihat berbagai-bagai karamah beliau.

Beliau dikurniakan oleh Allah kebolehan untuk ghaib, dan dilihat
kembali di tempat-tempat yang jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliau
telah dilihat sedang solat di Masjid Besar Makkah tanpa secara
fizikalnya pergi ke sana. Pada satu masa, beliau pernah berkata kepada
bakal haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Bila jemaah itu
sampai di sana, dia telah disambut oleh Habib Noh sendiri.

Habib Noh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, terutamanya ke atas
kanak-kanak yang memang disukainya. Pernah beliau menyembuhkan seorang
kanak-kanak yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkan
tangan-tangan beliau di atas luka itu dan membaca doa. Dalam masa yang
singkat, kanak-kanak itu sudah boleh berlari semula seolah-olah tiada
apa-apa yang berlaku ke atasnya. Bapa kepada kanak-kanak itu amat
gembira, dia telah memberikan wang kepada Habib Noh, tapi Habib Noh
memberikan wang itu kepada yang memerlukan.

Habib Noh sanggup mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak-kanak
yang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya Lebar dari rumah beliau di
Telok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak-kanak.
Bila beliau sampai di rumah kanak-kanak itu, ibubapa kanak-kanak itu
terkejut melihat pakaian Habib Noh langsung tidak basah.

Dalam satu insiden lain, Habib Noh telah dikejutkan oleh tangisan
berterusan anak jirannya. Bila beliau pergi ke sana, beliau dapati
bahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli makanan untuk
anak yang kelaparan itu. Beliau mengalirkan airmata bila mendengar
cerita itu, lantas mengambil satu tempurung kelapa, menuangkan air ke
dalamnya dan membaca doa. Dengan kehendak Allah, air itu bertukar
menjadi susu untuk diminum oleh kanak-kanak tersebut.

Habib Noh juga dikenali mempunyai kelebihan untuk tahu masa depan.
Beliau seolah-olah tahu jika seseorang itu sakit, memerlukan beliau
atau memaksudkan beliau. Pada satu masa seorang India Muslim balik ke
India mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya. Dia telah berniat
bahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan
menghadiahkan kepada Habib Noh satu hadiah. Bila dia pulang, dia
terkejut bila melihat Habib Noh sudah sedia menunggunya di tepi laut.

Habib Noh kata kepadanya “Saya percaya bahawa awak sudah berjanji untuk
memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata,
“Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati
dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”

Habib Noh menjawab, “Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untuk
bersedekah kepada orang miskin, yang memerlukannya dan kanak-kanak.”

Sambil memeluk Habib Noh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya
amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati
Allah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga
hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”

Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan.
Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Noh telah
pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan
14 Rabiul Awal 1283. Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia,
beliau telah memberikan banyak nasihat kepada kawan-kawan setianya.
Antara mutiara kata beliau ialah “Jangan jadi tamak terhadap harta
dunia dan jangan punya perasaan hasad-dengki (dan sebarang perasaan
negatif) terhadap sesiapa sepanjang hidup anda.”

Habib Noh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, di
kediaman Temenggong Abu Bakar, Johor. Bila berita itu tersebar, ramai
orang dari berbagai peringkat, termasuk orang-orang Inggeris yang telah
masuk Islam melalui Habib Noh, dan mereka yang berada di
kepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi beliau.
Semua kereta kuda yang ada di Singapura memberhentikan aktiviti harian
untuk membawa pengunjung-pengunjung itu dengan percuma. Tapi sejurus
sebelum rombongan jenazah itu meninggalkan rumah Temenggong ke tanah
perkuburan, satu fenomena ganjil telah berlaku.

Sebelum meninggal, Habib Noh telah berpesan kepada kawan-kawannya agar
jenazah beliau dikebumikan di Mount Palmer, yang merupakan tanah
perkuburan kecil pada masa itu. Walau bagaimana pun pada hari beliau
meninggal, setiap orang telah lupa mengenai pesan itu dan mereka semua
bersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim. Bila sampai
masanya untuk mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah.
Tidak ada seorang pun terdaya mengangkatnya. Sekitaran jadi kelam
kabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu tidak
berganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki-lelaki yang gagah.

Nasib baik, seseorang akhirnya teringat pada pesan Habib Noh dan telah
tampil menceritakan hal yang sebenarnya kepada setiap orang. Setiap
orang sedar bahawa mereka telah lupa pesanan itu lantas memutuskan
untuk bergerak ke Mount Palmer. Dengan kehendak Allah, keranda itu
boleh diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar! bergema. Maka
jenazah Habib Noh telah selamat dikebumikan di Mount Palmer.

Karamah beliau tidak habis di situ saja. Semasa Perang Dunia Kedua,
bila Telok Blangah dibom dengan hebatnya oleh Jepun, tidak ada satu bom
pun singgah di pusara Habib Noh. Dan bila kerajaan Singapura mahu
membina satu jalanraya di Tanjung Pagar, jembatan telah direkabentuk
untuk membengkok melengkarinya, tingginya hampir sama dengan kedudukan
Makam Habib Noh. Hampir mustahil jika seorang pemandu kereta tidak
nampak makam ini. Kini semua orang boleh menziarah makam ini tanpa
perlu memanjat 49 tangga untuk ke sana.

Lain kali, bila anda sedang memandu kawasan itu ke arah jembatan
jalanraya Tanjung Pagar ke arah Airport Changi, jangan lupa untuk
membacakan Al-Fatihah untuk roh wali Allah ini.

Semoga Allah merahmati roh beliau.


[~ post by kancantirana36 ~]
Back to top Go down
 
Habib Noh Ulama yang boleh ghaib
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KualaLumpur10 :: .::INFORMASI::. :: .::SUDUT AGAMA::.-
Jump to:  
KL10 partner

DescriptionDescription

Advertise here
Description

DescriptionDescription

Description